Wednesday, February 16, 2011

Perjumpaan Bersama AJK Surau Dan AJK Persatuan Penduduk U10 Pada 25.01.2011

Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana.

Ringkasan maklumat...

Dari feedback yang kami terima, pada asalnya progress berjalan lancar. Kerja pembinaan sepatutnya di mulakan pada Oktober tahun lepas. Sehingga ke satu peringkat dapat makluman daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa pembinaan tersebut di tangguh buat sementara waktu dengan alasan tapak di sediakan seluas 7 ekar di depan Perdana Height tidak sesuai. Kemudian di sediakan tapak baru seluas 3 ekar di kawasan Cahaya SPK.

Maka pada malam tersebut sebulat suara hadirin bersetuju untuk menubuhkan satu jawatan kuasa bertindak di wakili oleh setiap wakil penduduk U10. Jawatan kuasa tersebut akan membuat satu memorandum untuk di serahkan kepada KPM dan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad memohon supaya tapak asal di kekalkan. Jawatan kuasa tersebut akan bermesyuarat semula seminggu dari tarikh perjumpaan ini.

Perjumpaan ini di anjurkan oleh MPP Zon 20. Majlis di pengerusikan oleh Setiusaha Kehormat MPP Zon 20, En Abd Halim b Ali, manakala Ahli Parlimen Shah Alam di wakili Pembantu Peribadi beliau iaitu Hj Jamil.

.














Saturday, July 10, 2010

Majlis Perjumpaan Penduduk Sempena PERASMIAN PEJABAT MPP ZON 20 & Malam Palestina AIR MATA GAZA



Alam Budiman, 3.7.2010 - Bermula jam 8.30 malam, majlis di mulai dengan bacaan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran disampaikan oleh adik Mohd Fadli Al-Hafiz. Selepas itu diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Pemangku Pengerusi MPP Zon 20 iaitu Encik Zulkifli b Mohd Nani. Antara lain ucapan beliau ialah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan atas kerjasama juga sokongan penduduk U9, U10 dan U14 sepanjang beliau berkhidmat di kawasan ini.

Turut berucap adalah wakil Ahli Parlimen Shah Alam yang juga merupakan Pemangku YDP PAS Shah Alam Tuan Hj Isma b Ali dan wakil Datok Bandaraya yang juga merupakan Timbalan Datok Bandaraya Shah Alam Tuan Mokhtar b Hani. Mereka berdua menekankan agar penduduk menggunakan kesempatan dan mengambil manfaat sepenuhnya diatas kewujudan MPP Zon 20 ini.



Sebagai simbolik perasmian Pejabat MPP Zon 20 tandatangan diturunkan oleh En Zulkifli dan kedua-dua VIP pada malam tersebut. Acara tandangan tersebut juga disaksikan oleh Encik Abd Halim b Ali (Setiausaha Kehormat MPP Zon 20), Hj Jamil (PR YB Khalid Samad) dan En Halim Redzuan (AJK Muslim Care Malaysia). Pejabat MPP Zon 20 terletak di Taman Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam.

Sempena Malam Palestina Air Mata Gaza, Encik Halim Redzuan yang juga AJK Muslim Care Malaysia telah memberi penerangan, menceritakan pengalaman beliau diserang oleh komando Israel laknatullah semasa menaiki kapal Mawi Marmara. Selepas penerangan beliau Pemangku Pengerusi MPP Zon 20 menyampaikan sedikit sumbangan untuk misi bantuan rakyat Palestin. Majlis di pengerusikan oleh Encik Hamdan.



Pelbagai hidangan di sediakan pada malam tersebut untuk hadirin. Antaranya Nasi Ambeng, Nasi Himpit Kuah Kacang, Burger, Satay, Sup Tulang, Kueh Teow Goreng, Kuih Muih, Minuman Panas dan banyak lagi. Kemuncak acara pada malam tersebut adalah tayangan wayang pacak Upin & Ipin yang dibawa khas oleh Kementerian Penerangan Malaysia dan Les Copaque. Majlis berakhir jam 11.00 malam

Sekian.

Sunday, July 4, 2010

PERJUMPAAN BERSAMA PENJAJA DEPAN UiTM


14 April 2010 - Sandaran Permai
Satu majlis perjumpaan diantara Pemangku MPP Zon 20, Sdr Zulkefli Mohd Nani bersama semua Penjaja-penjaja di hadapan UiTM telah diadakan pada 14 April 2010 yang lepas di Surau Al Ikhwan.

Majlis yang bermula jam 10.30 malam itu turut disertai oleh En Halim (SU MPP Zon 20), En Faizal (PTO), wakil dari Jabatan Kejuruteraan MBSA, Perancang MBSA, Bahagian Perlesenan MBSA dan Wakil UiTM.

Pertemuan `adik-beradik' tersebut telah memberi peluang kepada Ahli Majlis, Pegawai-pegawai MBSA dan Wakil UiTM memberi pandangan berkenaan aktiviti perniagaan di depan pintu masuk UiTM.

Selepas diambil kira rungutan penduduk dan masalah-masalah yang di hadapi oleh pihak UiTM maka pihak Perlesenan MBSA membuat keputusan untuk TIDAK membenarkan sebarang aktiviti perniagaan di kawasan tersebut. Pihak MBSA telah memberi beberapa tawaran dengan meminta Penjaja-penjaja berkenaan berpindah ke tapak gerai yang disediakan berhampiran Gerai Sementara MBSA.

Pertemuan telah berakhir dan ditangguhkan pada jam 12.00 malam.

Saturday, July 3, 2010

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL PENDUDUK ZON 20

14 April 2010 - Sandaran Permai

Satu majlis perjumpaan diantara Pemangku MPP Zon 20, Sdr Zulkefli Mohd Nani bersama semua Pengerusi Persatuan Penduduk (Pengerusi Persatuan Penduduk Nusa Rhu dan Taman Sandaran Permai tidak hadir) dan semua Pengerusi Surau dan Masjid yang terletak di zon 20 (U9, U10 & U14) telah diadakan pada 14 April 2010 yang lepas di Surau Al Ikhwan.

Majlis yang bermula selepas solat Isyak itu turut disertai oleh Ketua Kampung Budiman, En Halim (SU MPP Zon 20), En Faizal (PTO), wakil dari Jabatan Kejuruteraan dan Perancang MBSA dan juga Sarjan Zainal dari Pondok Polis Cahaya SPK.

Mesyuarat tersebut telah memberi peluang kepada semua wakil penduduk untuk menyuarakan pendapat, komplen dan cadangan untuk tindakan pihak yang berkaitan. Majlis telah berakhir dan ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

Semoga mesyuarat seperti ini akan dapat diadakan sekerap mungkin.






Sumbangan MPP Sempena Aidilftri 1430H/2009M (6 Sept 2009)








Sumbangan MPP Sempena Aidilftri, Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Nuzul Quran.
Pada Tarikh : 6 Sept 2009
Bertempat di Surau Alam Budiman