Tuesday, November 25, 2008

Subang Impian




Subang Impian 22 Okt- Pihak Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 20 dan Pusat Khidmat Masyarakat U10 telah menerima panggilan daripada Wakil Persatuan Penduduk Taman Subang Impian berkenaan kerja-kerja mengorek lubang saluran paip air oleh pemaju perumahan bersebelahan di kawasan perumahan mereka. Pihak MBSA telah di panggil pada masa itu juga untuk menyelesaikan perkara tersebut. Setelah perbincangan dibuat Pihak MBSA mengarahkan kerja-kerja mengorek lubang berkenaan dihentikan dengan serta-merta dan kontraktor berkenaan bersetuju. Susulan dengan itu satu mesyuarat akan diatur antara pihak MBSA, Pemaju Perumahan, Persatuan Penduduk Taman Subang Impian dan MPP Zon 20 pada masa yang akan di tetapkan.

No comments: