Saturday, January 17, 2009

Program Jom Ke Sekolah

Taman Sandaran Permai - Program Jom Ke Sekolah bersama Kumpulan SAFF ONE dan Saudara Muqharabbin di adakan di Surau Al-Ikhwan Taman Sandaran Permai Puncak Perdana pada 28 Disember 09. Seramai lebih 150 peserta kanak-kanak penduduk taman sekitar Zon 20 menghadirkan diri. Juga anak-anak yatim dari salah sebuah Rumah Anak-anak Yatim di Rawang telah bersama dalam program tersebut. Motivator utama adalah Saudara Cikgu Fahmi. Motivator ke dua adalah 2 orang wakil Kumpualan SAFF ONE kemudian di ikuti oleh Saudara Muqharabbin. Program bermula jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari.

No comments: