Saturday, July 10, 2010

Majlis Perjumpaan Penduduk Sempena PERASMIAN PEJABAT MPP ZON 20 & Malam Palestina AIR MATA GAZA



Alam Budiman, 3.7.2010 - Bermula jam 8.30 malam, majlis di mulai dengan bacaan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran disampaikan oleh adik Mohd Fadli Al-Hafiz. Selepas itu diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Pemangku Pengerusi MPP Zon 20 iaitu Encik Zulkifli b Mohd Nani. Antara lain ucapan beliau ialah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan atas kerjasama juga sokongan penduduk U9, U10 dan U14 sepanjang beliau berkhidmat di kawasan ini.

Turut berucap adalah wakil Ahli Parlimen Shah Alam yang juga merupakan Pemangku YDP PAS Shah Alam Tuan Hj Isma b Ali dan wakil Datok Bandaraya yang juga merupakan Timbalan Datok Bandaraya Shah Alam Tuan Mokhtar b Hani. Mereka berdua menekankan agar penduduk menggunakan kesempatan dan mengambil manfaat sepenuhnya diatas kewujudan MPP Zon 20 ini.



Sebagai simbolik perasmian Pejabat MPP Zon 20 tandatangan diturunkan oleh En Zulkifli dan kedua-dua VIP pada malam tersebut. Acara tandangan tersebut juga disaksikan oleh Encik Abd Halim b Ali (Setiausaha Kehormat MPP Zon 20), Hj Jamil (PR YB Khalid Samad) dan En Halim Redzuan (AJK Muslim Care Malaysia). Pejabat MPP Zon 20 terletak di Taman Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam.

Sempena Malam Palestina Air Mata Gaza, Encik Halim Redzuan yang juga AJK Muslim Care Malaysia telah memberi penerangan, menceritakan pengalaman beliau diserang oleh komando Israel laknatullah semasa menaiki kapal Mawi Marmara. Selepas penerangan beliau Pemangku Pengerusi MPP Zon 20 menyampaikan sedikit sumbangan untuk misi bantuan rakyat Palestin. Majlis di pengerusikan oleh Encik Hamdan.



Pelbagai hidangan di sediakan pada malam tersebut untuk hadirin. Antaranya Nasi Ambeng, Nasi Himpit Kuah Kacang, Burger, Satay, Sup Tulang, Kueh Teow Goreng, Kuih Muih, Minuman Panas dan banyak lagi. Kemuncak acara pada malam tersebut adalah tayangan wayang pacak Upin & Ipin yang dibawa khas oleh Kementerian Penerangan Malaysia dan Les Copaque. Majlis berakhir jam 11.00 malam

Sekian.

No comments: